Pendaftaran Pelajar Tahun 1 dan PRA Sekolah Pada 24 Dis., 2013....... Pendaftaran Pelajar Tahun 2 hingga Tahun 6 pada 31 Dis., 2013...... Mesyuarat J/Kuasa Induk HEM kali 1/2014 pada 29 Dis., 2013..... Mesyuarat J/Kuasa RMT & Kantin pada 13 Jan., 2014 (Isnin).... Mesyuarat J/Kuasa Disiplin (1) pada 16 Jan., 2014 (Khamis)... Mesyuarat J/Kuasa Badan Pengawas (1) pada 20 Jan.,2014 (Isnin).... Meyuarat J/Kuasa PPDa (1) pada 27 Jan., 2014(Isnin)... Mesyuarat J/Kuasa SPBT (1) pada 30 Jan.,2014(Khamis)... Mesyuarat AJK PIBG kali 1/2014 pada 10 Feb 2014 ... Mesyuarat Guru kali 2/2014 pada 17 Feb 2014 ... Mesyuarat AJK Program Susu Sekolah & Protin kali 1 pada 18 Feb 2014... Mesyuarat HEM kali ke 2/2014 pada 07/04/2014 (Isnin)... Mesyuarat JK Induk HEM Ke 3 pada 16/7/2014 (Rabu)
src="http://3.bp.blogspot.com/-1pXw060pPUw/VCbYNMWaTSI/AAAAAAAAAhU/7N4IrqPpn6U/s320/DSCN5129.JPG"/>
Hari Ko-Kurikulum dan Usahawan 25 Sept.,2014



CUTI UMUM HARI WESAK PADA 13 MEI 2014 Peperiksaan Pertengahan Tahun - 19 Mei hingga 21 Mei 2014 Peperiksaan Ulangan UPSR - 30 Sept. 2014 dan 9 Okt., 2014
Jumlah Hari Belajar Bulan 2/2014 = 19 Hari...Bulan 3/2014 - 17 Hari....Bulan April/2014 = 22 hari...Bulan Mei/2014 = 16 hari..Bulan Jun/2014 = 12 hari... Bulan Julai 2014 = 18 hari... Bulan Ogos 2014 = 20 hari... Bulan Sept., 2014 =16 hari

Gejala Ponteng

http://falsafahetika.blogspot.com/p/ponteng.html oleh Suzy Rahim, Haslinawati Zainudin & Sharlina M. Shamsuddin dipetik pada 07 Mei 2014

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah di Malaysia sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah semakin meruncing  dan perlu diatasi dalam kadar yang segera. Masalah disiplin berlaku tidak kira sekolah di kawasan bandar ataupun luar Bandar, sekolah harian biasa ataupun sekolah berasrama penuh. Fenomena ini semakin merunsingkan banyak pihak terutamanya para guru dan ibu bapa.  Kes ponteng sekolah terutamnya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding kes-kes disiplin yang lain. Sebagai buktinya, tiga peratus daripada 5 juta pelajar dari 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terbabit dengan kegiatan salah laku sepanjang sesi perseolahan 2010. Malah, mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit dengan pelbagai salah laku disiplin pada 2010. Namun begitu, gejalah ponteng sekolah mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding kes disiplin yang lain iaitu sebanyak 19, 545 kes (Berita Harian, 7 Disember 2010). Statistik ini jelas menunjukkan gelaja ponteng sekolah semakin meruncing dalam kalangan pelajar pada masa kini.

Berikut merupakan artikel yang berkaitan dengan ponteng sekolah:
ARTIKEL 1
ARTIKEL 2
ARTIKEL 3
ARTIKEL 4
ARTIKEL 5
ARTIKEL 6
ARTIKEL 7
ARTIKEL 8
 

Isu  ponteng sekolah bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena pendidikan. Ia telah lama wujud malah semakin serius kerana tiada jalan penyelesaian yang efektif walaupun pelbagai langkah penyelesian telah dilaksanakan sama ada bersifat undang-undang mahupun bukan undang-undang. Malah, isu ponteng sekolah ini mendapat liputan hangat daripada pihak media massa. Bukan itu sahaja, ponteng sekolah sering dikaitkan dengan masalah disiplin lain termmasuklah, isu merokok, melepak di cafe siber dan pusat membeli –belah, kurang ajar dan sebagainya. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,Dato Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam UtusanMalaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal dan dianggap sebaga langkah pertama remaja memasuki dunia yang penuh dengan masalah. Pelajar sekolah menengahterutamanya diperingkat usia 14 dan 15 tahun, dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yangterbabit dengan gejala ponteng (Berita Harian, 2 April 2001). Walaupun masalah disiplin di Malaysia masih terkawal, namun gejala sosial harus dipandang serius kerana ianya ibarat suatu virus yang menjadi titik tolak permulaan kepada salah laku disiplin yang lebih besar  seperti  vandalisme, gengsterisme, penyalahgunaan dadah, mat rempit, ragut serta pelbagai aktiviti idak bermoral yang jelasnya akan meruntuhkan akhlak pelajar .


Menurut Rasidah Bt. Omar (2005) dalam Azizi et. al. (2005) ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah tanpa sebarang alasan yang munasabah. Gejala  ponteng sekolah selalunya dikaitkan dengan masalah disiplin. Kamus Dewan (2000), disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan kelakuan supaya ahli masyarakat atau individu boleh mengawal diri, peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk melatih sesorang berkelakuan baik.

 Ananlisis Teori: Isu ponteng sekolah ini boleh dikategorikan berdasarkan perspektif Teori Fungsianalisme.

            Teori fungsiomnnalisme dipelopori oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim (Mohd Salleh lebar, 1998). Mengikut teori ini, masyarakat berkembang dengan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan masa, Perubahan ini berlaku secara beransur-ansur. Ini menunjukkan bahawa teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada perkembangan masyarakat. Masyarakat selalunya dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi tersendiri. Di dalam sesuatu masyarakat juga mempunyai sesuatu kefahaman kepada proses intergarsi sosial adalah hasil daripada persetujuan ahli.

             Selain itu,  Teori fungsionalisme turut menyatakan bahawa struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989: 9) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu  stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauhmana masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Manakala, evolusi menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan.

Justeru, perkaitannya dapat dilihat dimana ibu bapa merupakan faktor penting dalam keutuhan sesebuah keluarga. Kegagalan ibu-bapa dalam menguruskan keharmonian hidup keluarga akan memberikan kesan yang besar kepada terhadap anak-anak. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu-bapa yang bersikap realistik dan memetingkan kebendaan, anak-anak biasanya dipinggirkan  dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah ponteng sekolah ini adalah selari dengan teori fungsionalisme yang mana ibu bapa tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Ibu bapa yang gagal menunaikan peranan mereka dalam entiti masyarakat menyebabkan wujudnya gangguan dan ketidakseimbangan masyarakat.

 
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA PONTENG SEKOLAH.

Faktor-faktor  yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah akan dibincangkan dari empat aspek iaitu faktor ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, persekitaran, pelajar, dan sekolah.  

i)             Ibu Bapa
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan  gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.  Salah satu punca utama wujudnya gejala ponteng sekolah adalah disebabkan faktor keruntuhan institusi kekeluargaan. Mojoriti pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng sekolah ini datang dari keluarga yang bermasalah atau tidak bahagia. Pertelingkahan yang timbul antara ibu bapa menyebabkan  kebajikan anak-anak diabaikan. Kesannya kepada anak-anak ialah segala perilaku anak-anak di luar rumah dan di sekolah diabaikan. 

Keadaan ini menyebabkan anak-anak ketandusan kasih dan berasa tidak diberi perhatian oleh ibu-bapa mereka sehingga menyebabkan mereka memberontak  dengan melakukan sesuatu perkara yang boleh menarik semula perhatian ibu bapa mereka. kegagalan pelajar mengawal emosi menyebabkan konflik diri berlaku sehingga pelajar sanggup melanggar peraturan sekolah seperti ponteng sekolah, buli, merokok, vandalisme serta melakukan aktiviti-aktiviti  yang tidak bermoral seperti berjudi, mat rempit, seks bebas  demi menarik perhatian ibu bapa mereka.  Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh yang besar kepada masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Selain itu, faktor kesibukkan ibu bapa bekerja mencari rezeki tidak kira siang dan malam sehinnga menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab utama mereka terhadap anak-anak. Malah, mereka langsung tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan anak mereka apatah lagi berkongsi masalah, berbual, menambil tahu perkembangan anak-anak di sekolah. Kekangan masa bersama anak-anak ini  menyebabkan anak-anak  berasa terabai dan tidak disayangi sehingga memberikan kesan emosi seperti sedih, marah, benci, geram. Apabila masalah ini membebani mereka, kosentrasi mereka terhadap pelajaran semakin merosot  dan tidak berminat lagi untuk belajar. Malah, mereka akan berjinak-jinak mencari keseronokkan di luar bagi mengubati kesunyian yang mereka alami.  Oleh itu, pelajar berapggapan denagn mponteng sekolah dan melepak dapat melupakan masalah yang mereka hadapi.

Sehubungan dengan itu, masalah kewangan juga antara faktor menyebabkan gejala ponteng sekolah semakin berleluasa. Sebagai contohnya, kegagalan dan ketidakmampuan ibu bapa untuk memenuhi perbelanjaan sekolah seperti tidak dapat melunaskan pembayaran yuran sekolah dan tidak mampu membeli peralatan dan buku-buku pelajaran yang digunakan. Kajian yang dilakukan oleh Mohamad Yunus (1977) menyatakan salah satu sebab berlakunya ponteng sekolah ialah ibu bapa tidak mampu membeli perkakasan sekolah seperti buku, alat tulis dan pakaian sekolah. Pada masa yang sama ,pelajar menerima tekanan daripada guru apabila sering bertanya tentang pembayaran yuran. Hal ini menyebabkan mereka berasa malu dan tertekan untuk berhadapan dengan guru dan kawan-kawan lain. Justeru, untuk melarikan diri dari tekanan masalah ini pelajar mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah.

       Faktor didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan daripada iu bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mem pengharuhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut.
 Tidak dinafikan untuk membina keluarga harmoni dan kukuh bukanlah sesuatu yang mudah. Ibu bapa perlulah mempunyai pengetahuan keibubapaan.Tetapi, apa yang menyedihkan ibu bapa masa kini mempunyai pengetahuan keibubapaan yang cetek dan ia mengakibatakan keruntuhan rumahtangga. Malah, terdapat juga ibu bapa yang lepas tangan meletakkan tanggungjawab mengasuh anak-anak kepada pengasuh semata-mata. Keruntuhan rumah tangga ini akan mengurangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa menyebabkan mereka mudah terjerumus terlibat dengan salah laku disiplin di sekolah.

ii) Pengaruh rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang mendorong pelajar ponteng sekolah. Menurut Mohd Amin (1998), pelajar yang ponteng adalah mereka yang mempunyai pendirian yang lemah. Lemahnya pendirian seseorang akan menyebabkan seseorang itu mudah dipengaruhi oleh orang lain. Pada remaja, pelajar dalam proses ingin mencari identiti diri maka mereka senang mencuba sesuatu yang baru tanpa berfikir panjang. Dalam hal ini, pelajar mudah menerima ajakan rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengeruhi minda mereka yang tidak berfikir secara rasional.  Biasanya, mereka akan menurut segala pelawaan dan ajakan rakan-rakan tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku  kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akn memberikan pelbagai alas an   yang dianggap munasabah bagi mereka. Sebagi contohnya, Pelajaran di sekolah dikatakan agak membosankan dan aktiviti ponteng sekolah boleh menenag serta menyeronokkan menjadi alasan ponteng sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan sebaya mempengaruhi seseorang pelajar untuk ponteng sekolah. Dalam hal ini, pelajar perlu bijak memilih kawan yang baik dan ibu bapa perlu mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan untuk mengelakkan anak merekaberkawan dengan pelajar yang bermasalah.

iii) Persekitaran

Faktor persekitaran turut mempengaruhi pelajar melakukan perkara yang negetif terutamanya ponteng sekolah. Kemudahan-kemudahan untuk berhibur yang terlalu banyak seperti pusat permaina video, pusat permainan snooker, kafe-kafe siber dan pusat membeli-belah yang dibina berhampiran di kawasan sekolah khususnya. Pembangaun pusat-pusat hiburan ini sebenarnya menyebabkan pelajar lebih mudah lari dari sekolah dan  merayau-rayau di pusat membeli-belah.

Di samping itu, program-program yang berbentuk hiburan dan konsert tempatan mahupun diimport dari barat amat melekan pelajar. Maka, terdapat banyak rencangan-rancangan reality tv pada masa kini yang berkonsepkan hiburan dan menyimpag jauh dari sudut ilmiah. Secara tidak langsung, pelajar telah didorong untuk mengamalkan cara hidup berhibur semata-mata dan seterusnya melkunturkan semangat untuk menuntut ilmu di sekolah. Mereka turut disogokkan bahawa kemewahan dan polulariti dapat dicapai denagn mudah seandaimya mengikuti arus industry hiburan. Ini menyebabkan mereka tidak berminat untuk belajar dan berpendapat mereka boleh maju tanpa perlu hadir ke sekolah untuk menimba ilmu.


Realitinya, hiburan yang melampau ini boleh membawa kepada salah laku yang lebih serius seperti amalan seks bebas dan penyalahgunaan dadah.  Natijahnya, diri, bangsa dan negara tidak akan maju sekiranya  konsep berhibur digunakkan sebagai alasan untuk melepaskan lelah dan tekanan. Personaliti-personaliti dunia hiburan yang ditonjolkan sebagai idola harus mempunyai akhlak yang baik untuk dicontohi. Penerbitan –penerbitan buku bertemakan cinta remaja, majalah hiburan seperti Mannga , URTV hanya menarik minat golongan muda kepada keseronokan hidup berpasangan. Penyiaran secara berleluasa bahan bacaan picisian ini sebenarnya mengkhayalkan dan mempengaruhi pemikiran pelajar.  Secara  tidaka langsung langsung akan meruntuhkan akhlak pelajar serta usaha melahirkan remaja yang berakhlak berasaskan kehendak agama dan ketinggian nilai moral.

iv) Pelajar

Dalam lingkungan usia pelajar sekolah menengah khusunya masih mengalami proses perkembangan dan pertumbuhan yang pesat iaitu zaman peralihan alam  kanak-kanak menuju ke alam remaja. Pada ketika ini, ibu bapa seharusnya tidak mengambil sikap lepas tangan denagn membiarkan anak-anak mereka merentasi zaman remaja berlaku begitu sahaja tanpa mengetahui pergolakan yang dihadapi oleh anak mereka. 

Tempoh peralihan inilah merupakan suatu masa yang penting untuk menentukan konsep diri mereka. Hal ini kerana, apabila anak-anak melangkah ke alam dewasa, mereka sudah pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal.  Selain itu, perubahan sosial dan emosi mendorong pelajar memperbesarkan rakan sosialnya. Mereka memperluaskan rakan sosial denagn cara menyertai kumpulan tertentu atau membentuk kumpulan baru berdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip hidup yang sama atau taraf sosial yang sama. Pada ketika inilah pelajar berhadapan dengan situasi genting dalam memilih rakan –rakan seandainya tersalah pilih, maka mereka akan cenderung kea rah salah laku negetif termasuklah ponteng sekolah.  Ketiadaan bimbingan menyebabkan mereka merasa berada di jalan yang benar dan tiada siapa boleh menghalang perbuatan mereka kerana  pada pendapat mereka, pa saja yang dilakukan adalah betul.

v)  Sekolah

Sistem pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik antara alasan yang kerap diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng sekolah daripada hadir ke sekolah. Keadaan ini berlaku apabila sesetengah guru kurang proaktif dalam menarik minat pelajar. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik pemgajaran yang kurang menarik disamping tiada variasi aktiviti atau gerak kerja yang menarik. Malah, penggunaan kaedah pengajaran tradisional iaitu chalk and talk juga membosankan pelajar. Pelajar masa kini, memerlukan kaedah pengajaran secara induktif dan gaya pembelajaran konstruktivisme dan mempergiatkan aktiviti berkumpulan yang berpusatkan murid. Selain itu, penggunaan Bahan bantu mengajar secara interaktif perlu diaplikasikan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif . Selain itu, guru perlulah bersikap adil terhadap pelajarnya dan menunjukkan personaliti yang baik sebagai role model kepada pelajar.

            Sekolah merupakan tempat berlakunya aktiviti pengajaran dan pendidikan kedua selepas ibu bapa. Ini bermakna guru  juaga amat penting dan bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah pelajar.Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik dalam kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

Setiap sekolah di Malaysia akan  diperuntukan dengan jumlah kewangan yang besar bagi memastikan suasana sekolah berada dalam keadaan selamat, ceria dan kondusif. Tetapi malangnya terdapat sebilangan sekolah gagal menggunakan peruntukan ini bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan yang selamat, ceria dan kondusif. Sebagi contoh,. pagar-pagar yang sedia ada telah rosak tetapi tidak dibaiki segera. Ini menyebabkan pelajar mudah untuk ponteng sekolah dan keluar masuk sesuka hati. Kerosakan pagar di sekeliling sekolah akan menyukarkan tugas guru untuk mengawal pelajar.

Faktor kawalan  disiplin sekolah yang longgar juga memberi ruang kepada pelajar untuk ponteng sekolah dan melakukan perkara yang negatif yang lain. Badan disiplin sekolah termasuklah guru disiplin dan pengawas tidak berfungsi dengan baik bagi membanteras kegiatan yang melanggar disiplin.  Justeru ,tugas guru bukan saja mengajar dan mendidik, mereka juga perlu prihatin kepada perkembangan pelajar. Ketidakprihatinan guru terhadap pelajar menyebabkan pelajar berasa tidak dihargai  dan tidak diberi perhatian. Ini menyebabkan pelajar membuat perkara-perkara yang negatif bagi mendapatkan perhatian guru mereka.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA PONTENG SEKOLAH

 Secara umumnya, untuk membasmi gejala ponteng sekolah secara total adalah agak sukar untuk dicapai. Ini kerana ianya melibatkan komitmen pelbagai pihak dan tindakan secara menyeluruh  dan bersepadu  di setiap peringkat bagi memastikan penularan gejala ponteng sekolah.  

Guru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam  menangani masalah ponteng sekolah.  Hal ini kerana, antara salah satu alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah ialah kelas yang membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan melepak atau berpeleseran di pusat membeli- belah dan pusat cafe siber. 
Guru seharusnya mengambil alasan ini sebagai cabaran supaya mereka berusaha melakukan sesuatu agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan baik dan menarik. Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan membuatkan pelajar berminat ke sekolah tetapi akan memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap pelajaran. 
Pihak sekolah juga perlulah mewujudkan suasana persekolahan dan pembelajaran yang kondusif, dinamik dan memberangsangkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan dan strategi serta aktiviti perlu dipelbagaikan dan diperbaharui mengikut untuk menjana perkembangan kognitif pelajar. Selain itu, perbanyakkan pengunaan Bahan Bantu mengajar yang kreati dan menarik dan mempergiatkan aktiviti berpusatkan murid sesuai dengan gaya pembelajaran kontruktivisme melalui  strategi berpusatkan murid bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu yang baru dan bijak dalam membuat menyelesaikan pemasalahan yang dihadapi. 
Hubungan interpersonal degan pelajar perlu diwujudkan. Malah, guru perlu menjadi mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional serta adil terhadap pelajarnya. Ini bermakna guru perlu menjadi ‘role model’ yang baik kepada pelajar.   Pada masa yang sama pelbagai aktiviti menarik melalui aktiviti kokurikulum seperti perkehemahan, Program rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara adalah  wajib disertai supaya pelajar dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah disamping memperolehi banyak ilmu pengetahuan. Malah pelbagai kempen perlu giat diadakan sama melalui media massa ataupun kempen  di sekolah yang bersifat memberi kesedaran kepada pelajar akan kesan negetif gejala ponteng sekolah.
Selain itu, guru juga perlu peka akan tingkahlaku dan pergerakan pelajar dengan meluangkan sedikit masa, biar dalam keadaan yang sibuk dengan apa jenis kerjapun, untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, memerhatikan perwatakan dan tingkahlaku pelajar-pelajar di bawah kawalannya. Sikap ambil berat guru ini, mungkin dapat mengesan dengan lebih awal pelajar yang bermasalah. Tindakan yang bersesuaian dan tegas perlu diambil agar pelajar yang bermasalah ini tidak terus hanyut dan dibiarkan sendirian.  Di samping itu, pendekatan bimbingan dan kaunseling perlu diaplikasikan relevan dengan sikap remaja yang sensitif dan suka memberontak.
 Malah, semua guru di sekolah tidak kira guru kanan, guru akademik biasa, guru disiplin bertanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar. Justeru, janganlah tunggu dilantik sebagai guru disiplin atau guru kaunseling barulah hendak mengambil berat tentang latar belakang dan masalah pelajar. Janganlah ditunggu arahan ketua bidang, pengetua, pegawai pendidikan bahagian, pengarah, lakukan sahaja apa yang baik untuk pelajar.  Semua warga sekolah  perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa. Kesedaran dan komitmen semua pihak akan membanteras gejala ponteng sekolah secara berkesan. Malah tanamkan suasana ‘”Sekolah syurgaku” untuk mewudkan rasa kepunyaan dan keselamatan di sekolah.
 Bagi merealisasikan keberkesanan tindakan dari semua pihak di sekolah.  Adalah wajar sekiranya badan disiplin bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain yang wujud di sekolah. Relevennya kerana pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang ini baik di bidang akademik atau bidang bukan akademik bergantung kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam bidang kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang berdisiplin. Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan sistematik bagi membendung masalah yang akan timbul, seperti kata pepatah “membendung dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya” .
Langkah seterusnya ialah melalui peranan Ibu bapa. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak benar-benar pergi ke sekolah. Apa salahnya sekali-sekala ibu bapa menghubungi pihak sekolah bagi memastikan samada anak mereka benar-benar pergi ke sekolah ataupun sebaliknya. Ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan baik dengan guru demi kebaikan anak mereka. Kadangkala anak-anak ini baik di depan mata ibu bapa tetapi sebaliknya di sekolah. Masing-masing ketakutan apabila mereka ditangkap atas sesesuatu kesalahan dan kebiasaannya mereka merayu agar jangan diberitahu kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa pula sering tidak percaya dan menafikan anak mereka akan melanggar peraturan sekolah. Anak-anak yang bermasalah ini biasanya akan membawa dua perwatakan berbeza ; baik di rumah tetapi nakal di sekolah. Justeru itu, ibu bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin demi masa depan anak mereka sendiri.
Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat, namun ia memberi sumbangan yang amat besar dalam membina sesebuah negara. Kepincangan sebuah keluarga, maka akan membawa pincangnya negara. Keluarga memberi keadaan persekitaran yang mempunyai nilai keinsafan, adab, akhlak dan etika yang seterusnya akan berkembang baik dalam generasi. Keluarga bertanggungjawab membentuk sikap, watak diri dan wawasan bagi seseorang insan dan ini merupakan unsur utama dalam pembinaan bangsa dan negara yang cemerlang.
Melalui institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa dalam mencorak kehidupan anak-anak. Anak-anak  dilahirkan bagai kain putih yang bersih. Guru yang pertama dalam hidup seseorang insan adalah ibubapa dan keluarganya sendiri. Ibu bapa berperanan penting dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ibu bapa seharusnya mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak mereka. Kasih sayang bukanlah dengan hanya memberi kemewahan kepada anak-anak tetapi perhatian dan asuhan yang baik. Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi oleh ibu bapa.
Kita seharusnya menjadikan apa yang berlaku di Barat sebagai iktibar. Dunia mengakui akan kemajuan mereka di dalam lapangan sains dan teknologi, kekukuhan ekonomi dan kecanggihan teknologi dan ketenteraan. Namum, institusi kekeluargaan mereka sangat rapuh dan terdedah dengan segala penyakit sosial. Kita mahu dalam keghairahan masyarakat mengejar kemewahan asas, nilai dan kekukuhan institusi kekeluargaan tidak harus dikesampingkan.
Langkah untuk mengatasi gejala ponteng sekolah  yang ketiga ialah  dilihat melalui aspek sikap pelajar di mana  pelajar sendiri perlu sedar betapa pentingnya pelajaran terhadap masa depan mereka. Tanpa pelajaran, kebiasaannya seseorang tidak akan dapat pekerjaan yang baik dan masa depan yang kurang terjamin. Tambahan pula, kelulusan akademik yang cemerlang menjadi penanda ukur utama mendapat pekerjaan yang baik. Malah, persaingan sengit untuk mendapat pekerjaan kerana semaik banyak pelajar yang pandai pada zaman ini. Oleh itu, sekiranya mereka ketingalan, jelaslah akan merugikan mereka sendiri. Dengan keadaan semasa sekarang di mana setiap orang mengejar kemewahan dan kebendaan dan ianya dicapai dengan pengetahuan, usaha, ilmu dan pengalaman. Untuk itu, bagaimana seseorang pelajar yang sering ponteng sekolah mempunyai masa depan yang cerah walhal mereka sendiri sudah ketinggalan ilmu pengetahuan.
 Malah, pelajar perlu cekal dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi supaya mereka tidak hanyut dek arus kemajuan dan kemewahan yang ada. Mereka perlu pandai memikirkan dan menentukan antara nilai-nilai positif dan nilai negatif. Pelajar juga perlu menolak ajakan rakan-rakan untuk melakukan perkara negatif kerana ianya hanya akan membuang masa dan menyusahkan orang lain. Pelajar perlu sedar bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar dan menimba ilmu sebaik mungkin.
Sewajarnya, ketika masa usia muda remaja inilah seseorang itu mengambil berat tentang pendidikan. Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau orang asing yang berniat merosakkan akhlak. Pelajar wajar mengikut contoh tauladan yang baik, ikuti ceramah atau motivasi mengenai pelajar cemerlang, beriadah sebaiknya bersama keluarga, aktif dalam kelab sukan yang diminati dan kokorikulum sekolah dan memiliki didikan agama yang intensif dan lengkap.  Usia remaja tidak akan kembali lagi. Justeru itu, pelajar harus menggunakan masa remaja ini sebaik mungkin demi masa depan yang terjamin.
            Langkah yang keempat yang perlu ditekankan ialah  peranan pihak yang tertinggi dlam sistem Pendidikan Negara iaitu Kementerian Pendidikan  dalam menangani masalah ponteng sekolah ini. Sepertimana dalam keratan akhbar yang dilampirkan, kementerian boleh mewujudkan pasukan khas bagi menangkap pelajar yang ponteng sekolah. Kementerian juga boleh bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ini kerana, pelajar yang ponteng sekolah ini mungkin akan terlibat dengan kes-kes jenayah lain seperti mencuri dan meragut. Dengan adanya bantuan pihak polis, gejala negatif ini dapat dibanteras lebih awal.
Selain itu, diharap kementerian dapat membantu guru dengan menyalurkan lebih banyak peruntukan  agar guru dapat lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan proses p&p. Ini akan menambahkan lagi keberkesanan penyampaian ilmu pengetahuan. Kementerian juga dapat membantu guru dengan mengurangkan bebanan kerja sampingan supaya guru dapat fokus kepada proses p&p dan perkembangan pelajar. Pada masa kini, tugas guru bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain iaitu pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum,keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid. Dengan kurangnya bebanan tugas ini, guru akan dapat membimbing pelajar dengan  lebih baik lagi dan tidak membiarkan pelajar hanyut dengan permasalahan mereka.
Kementerian juga boleh membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih.
Konklusinya,  semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi dan modal insan yang lebih berguna pada masa hadapan juga, maka langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-samalah kita berganding bahu untuk menangani masalah ponteng sekolah. Meskipun terdapat pelbagai cadangan mengenai  cara mana mengatasi masalah ponteng sekolah ini, namun ia  hanya berakhir  di meja perbincangan,  forum atau seminar. Sememangnya terdapat pelbagai program yang  dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi  manfaat kepada segelintir  mereka sahaja dan  lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat  perlulah berganding bahu dan bekerjasama  dalam memikul tanggungjawab  mendidik anak-anak dan para pelajar.  Adalah wajar  supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat melalui interaksi  mereka di sekolah. Golongan ini juga perlu  didedahkan dengan  pengetahuan undang-undang  agar mereka  gementar dengan hukuman. 
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah disiplin di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset utama yang merupakan sumber modal insan yang selaras denagn falsafah pendidikan negara yang akan yang akan mempastikan kelansungan kemajuan dan keharmonian negara.